Saturday, December 12, 2009

Malaysia, My Home

Only last night did I become aware of the 38-year old Malaysian film producer and director Wong Kew-Lit. It was through stumbling across the re-showing of the second episode of Wong's current effot, a 13-episode series called Malaysia, My Home: The Story of Sabah and Sarawak (YouTube ad only) shown in Astro's AEC Channel.

If you care to check out the Malaysia, My Home Facebook, you will find a robust chatter and following which points to the fact that good local documentaries may have a ready market.

This particular series is a socio-anthropological perspective of the experiences of the Chinese Malaysian community in Sabah and Sarawak. It promises to be a nostalgic journey for Sarawakians and Sabahans and, an informative one for the rest.

I have just discovered that the programme guide for further episodes in the series are available at Astro TV Guide. Anyway, episode three at 9 p.m. 13th December 2009 on AEC Channel 301 will apparently focus on the fishing community at Sungai Apong and Bintawa in Kuching which primarily involves the Heng Hua community.

pix from here.

Wong is an award-winning documentarist and, his body of work includes:

Year Title Chinese Title
1999 Momentum
2000/01 Momentum II
2001 Jejak Warisan 《文明的足迹》
2002/04 Homecoming I & II 《己子当归》
2004 3 in a Company 《听君一席话》
2005 Malaysia My Home 《家在马来西亚I》
The Pig Commandments 《豕戒》
2006 Malaysia My Home 2 《家在马来西亚II》
2006/07 Rhythm of Vibration 《双城变奏》
Sea Providence 《热浪岛》
2007 My Roots 《扎根》
Malaysian Movers 《风云人物》
2008 My Malaysia 《活在我乡》
Dynamic Malaysia 《前进吧•马来西亚》
Living in Malaysia 《身在马来西亚》
2009 Earnest Cultivation Yields Fruitful Harvests 《生耕致富》
My New Village Stories 《我来自新村》
Malaysia My Home • Story of Sabah & Sarawak 《家在马来西亚》沙巴与砂拉越华人故事

I was also impressed with his interview with Berita Harian about the process of producing a documentary which I am reproducing in full here courtesy of filemkita.com:

Penerbitan dokumentari negara ada potensi

Temubual oleh: Suzan Ahmad
Sedar atau tidak, program televisyen berbentuk dokumentari semakin mendapat tempat di hati penonton tanah air. Ini menjadikan penerbit program tempatan lebih berani menerbitkan program berbentuk demikian. Rancangan terbitan TV3 berjudul Jurnal Alam misalnya antara jenama tempatan yang boleh dibanggakan. Berikutan saingan program dokumentari terkemuka antarabangsa mendorong anak tempatan, Wong Kew Lit, mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari berjudul Momentum. Ditayangkan di saluran Astro Ria, Momentum mengupas segala cubaan, dugaan, halangan serta kejayaan di samping penjelajahan saintifik dan kajian oleh saintis serta pakar tempatan mencakupi pelbagai bidang di tanah air. Wong graduan Universiti Malaya (UM) dalam bidang perfileman memperjelaskan aplikasi teknik-teknik produksi dalam pembikinan Momentum di samping memberikan pandangannya terhadap jurang yang wujud di antara rancangan dokumentari terbitan tempatan dengan produk yang mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti National Geographic dan Discovery Channel. Wartawan Bi-Pop, Suzan Ahmad menemu bual beliau untuk mendekati bakat muda ini.

Ceritakan secara ringkas pembabitan awal anda dalam penerbitan program bercorak dokumentari?

Wong Kew Lit: Saya mula membabitkan diri dalam pembikinan dokumentari pada 1999. Tetapi saya bermula dengan drama bersiri Cina, untuk beberapa tahun. Kemudian barulah beralih kepada program yang lebih serius berjudul Momentum pada 1999 untuk Astro. Musim pertama Momentum 1 sebanyak 26 episod mengambil masa setahun untuk disiapkan berjalan lancar di mana ia memfokus kepada pencapaian terkini sains dan teknologi di Malaysia. Antara topik yang dipaparkan termasuklah pembikinan KLIA, Formula One, Penjanaan Kuasa dan Pembedahan Pemindahan Jantung. Pada tahun 2000, Astro berminat untuk menyambung musim kedua Momentum. Memandangkan hampir semua bidang dari segi pencapaian tertinggi sains dan teknologi sudah diliputi, fokus kami beralih kepada manusia, iaitu saintis di Malaysia.

Berapa lamakah proses menerbitkan sesebuah dokumentari? Ceritakan secara ringkas perjalanan proses penerbitan dokumentari.

Wong Kew Lit: Ia bergantung pada topik yang difokuskan. Bermula dengan menghubungi ratusan saintis di Malaysia, menemu bual dan mendengar cerita mereka. Tugas saya ialah mengkaji cerita mereka; adakah ia kajian yang menarik; kemampuan kami melakukannya; boleh dirakam atau tidak; masa yang sesuai atau tidak; adakah memerlukan bayaran; adakah saintis ini mampu bercakap; aktif dan serasi dengan kamera. Daripada ratusan calon, hanya 30 saintis yang terpilih. Kemudian kami pilih yang terbaik dari pelbagai bidang seperti perubatan, hidupan liar, alam sekitar dan banyak lagi. Kami cuba mengehadkan masa penggambaran iaitu purata tidak melebihi tiga hingga empat hari untuk satu episod. Ada episod yang lama dan ada yang cepat, bergantung kepada topik. Tetapi kebanyakan saintis memberikan kerjasama yang baik. Momentum 2 misalnya memulakan penggambaran September 2001 dan berjaya disiapkan sepenuhnya Oktober 2001.

Apa yang mendorong anda untuk terus bergiat aktif dalam penerbitan dokumentari?

Wong Kew Lit: Malaysia sebenarnya kaya dengan saintis berbakat. Sayangnya golongan ini kurang mendapat pendedahan daripada pihak media. Tidak seperti National Geographic yang melakukan tugas cemerlang. Jadi apa nasib penerbit tempatan kita? Lihat saja Majalah Tiga, ia bukan dokumentari malah lebih kepada program majalah. Oleh itu, dengan gabungan kepakaran sekumpulan saintis yang bekerja bersama kami meletakkan satu standard untuk menghasilkan produk yang mampu diketengahkan seperti pendekatan dan standard ala National Geographic dan Discovery Channel. Negara kita semakin membangun, lebih saintifik, menjadikan sains sebagai salah satu elemen terpenting dalam proses itu. Untuk itu saintis wajar ditonjolkan.

Apa bezanya antara menerbitkan program berbentuk filem atau drama dengan dokumentari?

Wong Kew Lit: Dokumentari berkisar mengenai perkara yang benar, tidak boleh berlakon dan tidak boleh ditokok tambah. Jika kita mengkaji sejarah, dokumentari datang dahulu sebelum filem. Drama atau filem pula didasarkan pada kejadian sebenar dalam hidup dan bagaimana kita meletakkan rakaman itu dalam bentuk yang cerita yang sangat menarik untuk dipersembahkan dalam masa 30 minit. Drama adalah berbeza, ia umpama lakonan semula, walaupun ia berlaku dalam kehidupan kita tetapi tidak menggunakan watak asal seperti kejadian sebenar. Jika kita sentuh mengenai produksi pula, drama boleh dilakon dan dilatih semula sekiranya tidak menepati kemahuan pengarah. Sebaliknya, dokumentari tidak mempunyai peluang itu. Sekiranya kita terlepas maka rugilah. Dokumentari memerlukan kesabaran serta sikap kepekaan yang tinggi.

Teknik fotografi bagaimanakah yang digunakan untuk penggambaran dokumentari seumpama ini?

Wong Kew Lit: Kami menggunakan dua kamera sebenarnya. Saya mengendalikan satu kamera dan seorang lagi jurugambar. Bila bercakap mengenai teknik, sebenarnya seluruh dunia menggunakan teknik yang sama. Perbezaannya hanyalah bagaimana majunya teknologi kamera itu. Tidak seperti drama yang boleh dilatih, teknik yang digunakan lebih kepada kamera handheld. Dua kamera berjalan sekali gus. Kami juga menggunakan kamera khas dalam air untuk episod yang membabitkan penyu belimbing, dan juga kamera waktu malam untuk tidak mengganggu penyu yang sedang bertelur. Tetapi teknik bukanlah segala-galanya, paling penting ialah perancangan dan reaksi anda serta respon dan kepekaan. Masalahnya bagaimana kita merebut peluang yang ada, kesabaran dan sebagainya. Dalam dokumentari, apa yang paling penting ialah pemilihan topik yang difokuskan dan pendekatan apa akan digunakan.

Apakah antara halangan yang menyebabkan teknologi dokumentari tempatan masih belum mencapai tahap seperti karya Barat?

Wong Kew Lit: Wang menjadi antara halangan utama. Kewangan menyebabkan kita tidak mampu memperoleh pakar sendiri kerana tiada peruntukan bagi melatih dan membayar khidmat mereka. Mungkin ada, tetapi kebanyakan mereka bekerja untuk penerbitan asing di luar negara. Di samping itu, ia juga mengehadkan masa untuk penggambaran. Kalau kita ada banyak wang, kita boleh beli waktu yang lebih untuk menghabiskan satu episod. Tetapi dengan wang terhad, saya perlu melakukan perkara yang sama tetapi dengan episod yang lebih. Hakikatnya stesen TV hanya mahukan yang terbaik dengan bayaran yang kecil. Kalau stesen TV mahu menggalakkan penerbit tempatan menghasilkan produk terbaik, mereka patut bertanggungjawab memberi bayaran setimpal.

Adakah anda fikir karya dokumentari tempatan kalau dibawa ke festival filem di luar negara akan mendapat perhatian mereka?

Wong Kew Lit: Saya rasa kita punya potensi dan sedang menghala ke arah itu. Tidak mustahil suatu hari nanti kita akan di kenali di seluruh dunia kerana produk itu. Lebih-lebih lagi dengan sokongan daripada stesen TV tempatan. Malangnya situasi yang kami hadapi sekarang ialah keterbatasan yang wujud kerana stesen TV yang tidak mampu membeli program yang menelan belanja tinggi. Stesen TV hanya mempunyai peruntukan yang kecil untuk membeli program kami yang mahal.

Harapan anda dalam penghasilan karya dokumentari tempatan. Ke mana hala tujunya?

Wong Kew Lit: Saya harap semua stesen TV di Malaysia lebih menyokong produk tempatan. Beri kami lebih ruang untuk menjelajah dan membangunkan diri. Saya juga berharap lebih ramai lagi penerbit serta pengarah dokumentari muda tampil ke hadapan agar kita dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea. Dalam satu industri perpaduan serta kerjasama yang erat perlu kerana suatu hari nanti, dokumentari bakal menjadi salah satu daripada produk terpenting negara. Negara kita terlalu kaya dengan khazanah yang masih belum diterokai. Jangan biarkan orang asing dengan sewenang-wenangnya meneroka khazanah tinggalan yang ada. Kita sebagai anak tempatan patut melakukan sendiri. Kita yang lebih tahu kerana ini bumi tanah tumpah darah kita. Kita lebih memahami budaya dan cara hidup kita. Di samping itu, saya juga berharap dapat menerbitkan sebuah program berkaitan kebudayaan Malaysia selain sains dan teknologi.

Sumber: Berita Harian Online (6 Januari 2002).

No comments: